Sunday, January 18, 2009

Malam Anugerah KRT SFI 2009




Pada 20hb februari ini, satu program akan dijalankan bagi menghargai jasa - jasa mereka yang penah berusaha menaikkan nama KRT SFI ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

Program ini dilaksanakan sebagai tanda terima kasih pihak KRT SFI kepada En Awang Anak Ab Sani yang telah banyak membantu dan juga sebagai ucapan selamat datang kepada Cik Fauziah sebagai Pen Pegawai Perpaduan Daerah Sipitang yang baru.

Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Thursday, November 13, 2008

AJK KRT - SFI sesi 2007 - 2009



Pengerusi - Noor Hayaty Mustapha

Tim. Pengerusi - Nayan Hj. Azis

Setiausaha - Azizan Sitol

Tim. Setiausaha - Rosdin Saidin

Bendahari - Paired Mait

Ketua Jiran - Rosdin Saidin

Sejarah KRT - SFI


KRT - SFI ditubuhkan pada 15hb Febuari 2003. Pada masa itu KRT - SFI telah diPengerusikan oleh En Omar Abdu, manakala En Muhiddin Sapar sebagai setiausaha dan En Kiflee Ariffin sebagai bendahari yang berkuatkuasa pada tahun 2003 sehingga 2005 dibawah pegawai bertugas En Awang Anak Ab Sani.

Bagi sesi 2005 sehingga 2007 Cik Faridah Daim mengambil alih sebagai pegawai bertugas yang mana ketika itu pengerusi KRT - SFI ialah EN Md. Fadzil, En Paired Mait (Setiausaha) dan En Taip Mohamad (bendahari). Namun begitu Cik Faridah Daim hanya menjalankan tugasnya sehingga penghujung tahun 2006 disebabkan beliau meletakkan jawatan kerana menyambung pelajaran. En Awang Anak Ab Sani kembali dilantik sebagai pegawai bertugas sehingga tahun 2008 sebelum Cik Fauziah Salleh mengambil alih pada September 2008 sehingga sekarang.

Jawatankuasa KRT - SFI bagi sesi 2007 sehingga 2009 telah dipegerusikan oleh Pn Noor Hayaty Mustapha manakalan En Azizan Sitol telah di lantik sebagai setiausaha dan jawatan bendahari telah disandang oleh En Paired Mait.

Pengenalan Kepada KRT SFI

KRT - SFI ditubuhkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ( Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional ) pada 15hb. Febuari 2003. ( JPN.02/519/495.1 ) dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran Am SFI dan Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional bahagian Sipitang.
Matlamat penubuhan KRT SFI ini ialah memberi peluang kepada semua warga SFI berinteraksi dalam suasana aman & harmoni di sampung mengujudkan satu semangat kejiranan dikalangan warga SFI bagi menjamin perpaduan dan keselamatan setempat terus kukuh. Selain itu KRT - SFI juga bertujuan menjalin & mengeratkan jalinan kerjasama (Networking) dengan individu, pemimpin setempat, RT lain & Jabatan-Jabatan kerajaan dan juga swasta dengan ini ia akan dapat membina kekuatan individu, keluarga & masyarakat

melalui penglibatan dalam kepelbagaian akiviti - aktiviti yang dianjurkan.
KRT - SFI mempunyai misi iaitu menjadikan KRT-SFI salah satu Kawasan Rukun Tetangga terbaik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
KRT - SFI yang dipengerusikan oleh Pn Noor Hayaty Mustapha telah pun berjaya menganjurkan pelbagai program yang mampu memberi manfaat kepada penduduk sekitar terutama
golongan muda yang bakal mewarisi pemerintahan negara pada masa depan. Selain itu aktiviti - aktiviti yang diatur juga dilihat dapat mengeratkan lagi perpaduan dikalangan penduduk SFI selaras dengan matlamat penubuhan KRT ini.